DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berkenan membenarkan pertambahan jemaah untuk solat fardu dan solat Jumaat di negeri ini berkuat kuasa esok. Mufti negeri, Datuk Yahya Ahmad berkata, jumlah jemaah diputuskan berdasarkan keadaan dan perkembangan situasi semasa Covid-19 di setiap daerah. Menurutnya, bagi daerah Johor Bahru dan Kulai, perubahan dibenarkan kepada seramai 100 jemaah tidak termasuk ahli jawatan kuasa (AJK) dan pegawai masjid atau surau untuk solat fardu dan solat Jumaat.